Berita Terkini| Lambat daftar punca kes Covid-19 meningkat di Sabah! Lewat di antara 2-5 hari!

Published by
KitaReporters


SEBANYAK 1,067 atau 46.8 peratus daripada keseluruhan 2,279 kes positif Covid-19 yang dicatatkan di Sabah adalah kes yang lewat didaftarkan antara dua hingga tiga hari.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Masidi Manjun berkata, 92 kes atau empat peratus pula adalah keputusan saringan yang didaftar lewat antara empat hingga lima hari manakala 181 kes atau 7.9 peratus didaftar lewat melebihi lima hari selepas keputusan ujian diketahui.

Bagaimanapun beliau menjelaskan kes baharu Covid-19 di Sabah hari ini, 4 September susut sedikit kepada 2,279 berbanding 2,404 yang dicatatkan sebelum ini.

"Terdapat trend iaitu jumlah saringan kontak rapat menurun tetapi jumlah kes melalui saringan bergejala bertambah. Trend ini agak membimbangkan kerana ia satu petanda virus COVID-19 semakin berleluasa dalam kalangan masyarakat tanpa diketahui punca penyebaran.

"Hari ini, peratusan (positif) saringan kontak rapat turun kepada 54.3 peratus atau 1,237 kes tetapi jumlah daripada saringan bergejala naik kepada 31.1 peratus atau 708 kes manakala saringan kluster menyumbang 164 kes," katanya dalam kenyataan pada 4 September 2021.

Masidi juga berkata satu kluster baharu dicatatkan di Sabah iaitu Kluster Semawang di Sandakan yang merupakan kluster tempat kerja membabitkan pekerja sebuah kilang papan yang tinggal di kuarters premis itu.

"Pada 19 Ogos (2021), sebuah klinik swasta telah melaporkan 10 notifikasi kes positif. Kes indeks adalah pekerja lelaki berusia 40 tahun bukan warganegara yang dikesan positif COVID-19 dalam saringan pekerjaan, setakat hari ini, kluster itu merekodkan 116 kes positif," katanya. - KitaReporters


6
10
0
12
0

Copy Link: