ORANG ramai disaran menggandakan keselamatan diri dengan menggunakan alat pelindung muka (face shield) bersama pelitup muka berganda sepanjang berada di tempat awam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, penggunaan alat pelindung muka bersama pelitup muka berganda mampu memberi perlindungan sehingga 96 peratus daripada dijangkiti varian Delta yang kini dominan di dalam negara.

"Penggunaan alat pelindung muka perlu dimasukkan sebagai sebahagian daripada strategi mengurangkan penularan dalam masyarakat," katanya seperti dipetik menerusi Facebooknya.

Katanya, peralatan itu sekurang-kurangnya dapat memberi perlindungan lebih baik.

"Lebih baik pakai pelindung muka daripada tidak pakai langsung," jelas Dr Noor Hisham.

Sebelum ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menggalakkan penggunaan pelitup muka berganda bagi mengurangkan pendedahan kepada virus. - KitaReporters


 

 

0
0
0
0
0

Copy Link: