Berita Terkini| 26 guru di Perlis enggan divaksin! Alasan ragu-ragu, alami masalah kesihatan!

Published by
KitaReporters

Gambar hiasan... Seramai 4,504 guru di Perlis telah menerima suntikan vaksin Covid-19. - Kredit foto: NSTP


Seramai 26 guru di Perlis masih tetap dengan keputusan enggan menerima suntikan vaksin Covid-19 kerana mereka masih ragu-ragu atau mempunyai masalah kesihatan.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Negeri Perlis, Rozieana Ahmad berkata guru yang mempunyai penyakit tidak perlu risau kerana boleh dapatkan khidmat nasihat daripada doktor.

“Jumlah keseluruhan guru di Perlis seramai 4,710 orang dan daripada jumlah ini 4,504 guru telahpun menerima suntikan vaksin Covid-19.

"Bagaimanapun, terdapat seramai 26 orang daripada baki guru yang belum menerima suntikan vaksin masih enggan divaksin walaupun sudah melalui proses perbincangan.

“Mereka yang tidak mahu menerima suntikan vaksin ini antaranya memberi alasan mempunyai penyakit kronik dan juga masih ragu-ragu dengan vaksin,” katanya dipetik daripada laporan Kosmo, 25 Ogos 2021.

Ujarnya lagi, guru-guru diharapkan dapat memikirkan kepentingan pelajar supaya mereka dapat kembali belajar secara bersemuka di sekolah sebaik sahaja semua golongan pendidik telah divaksin.

“Ada dalam kalangan guru mempunyai penyakit dan warga emas berusia 100 tahun ke atas yang  mengambil vaksin dan tidak mempunyai masalah,” ujarnya. KitaReporters


0
1
0
0
0

Copy Link: