Gambar hiasan… Tiada sebarang kluster Covid-19 direkodkan di Johor berkaitan ibadah korban Hari Raya Aidiladha pada  Julai 2021. - Kredit foto: Harian Metro


TIADA sebarang kewujudan kluster baharu Covid-19 direkodkan di Johor berkaitan pelaksanaan ibadah korban sempena sambutan Hari Raya Aidiladha pada Julai 2021 lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Tosrin Jarvanthi berkata sebanyak

6,037 ekor ternakan disembelih di 164 pusat penyembelihan yang dibenarkan beroperasi di negeri itu.

“Pelaksanaan ibadah korban dijalankan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan bersesuaian dengan tempoh pandemik Covid-19.

“Suasana di tempat-tempat penyembelihan dalam keadaan terkawal kerana keutamaan bukan sekadar keuntungan semata-mata tetapi ia meliputi nyawa manusia yang tidak boleh dipertaruhkan,” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia pada 23 Ogos 2021.

Tambah Tosrin, pihaknya turut mengadakan lawatan di beberapa pusat sembelihan di seluruh negeri bagi memastikan pelaksanaan dibuat mengikut SOP ditetapkan.

Katanya yang juga ADUN Bukit Permai, penternak disyorkan tidak hanya tertumpu jualan sewaktu ibadah korban sahaja dalam tempoh pandemik Covid-19 ini tetapi juga perlu kreatif melihat pasaran tempatan yang keperluannya masih tinggi. KitaReporters


0
0
0
0
0

Copy Link: