Berita Terkini| Deretan 11 kedai di Bukit Bunga musnah terbakar! Kerugian, punca masih disiasat!

Published by
KitaReporters

Kebakaran di Bukit Bunga, Tanah Merah menyebabkan 11 buah kedai musnah. - Kredit foto: Gambar tular


SEBANYAK 11 buah kedai di Bukit Bunga, Tanah Merah yang merupakan salah satu lokasi hab beli belah terkenal di Kelantan musnah dalam kejadian kebakaran pada 17 Ogos 2021.

Ketua Cawangan Perakuan Bangunan Zon 2, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, Rozlan Seman berkata pihaknya bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan jam 9.22 pagi.

“Operasi memadam kebakaran melibatkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanah Merah dan BBP Jeli. Api dapat dipadamkan sepenuhnya jam 12 tengah hari.

“Kebakaran membabitkan sebanyak 11 buah deretan kedai yang berstruktur kekal dengan anggaran kemusnahan setiap premis terlibat di antara lima hingga 80 peratus.

"Jumlah kerugian peniaga dan punca sebenar kejadian masih dalam siasatan,” katanya dipetik daripada laporan Sinar Harian pada 17 Ogos 2021.

Sementara itu, seorang pegawai bomba bantuan daripada BBP Jeli mengalami sesak nafas sehingga dikejarkan ke hospital bagi dapatkan rawatan dan dilaporkan sudah berada dalam keadaan stabil. -KitaReporters


 

 

0
1
0
0
0

Copy Link: