Anggota bomba memeriksa kereta yang dinaiki lima sekeluarga yang sesak nafas dipercayai akibat kebocoran gas. - Kredit foto: Ihsan JBPM


LIMA sekeluarga alami sesak nafas dan pedih mata selepas terhidu karbon monoksida dipercayai akibat kebocoran gas kereta dinaiki mereka dalam kejadian di Senawang, Seremban pada 13 September 2021.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Senawang, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohd Hidayat Basly berkata pihaknya menerima maklumat jam 6.35 petang dan bergegas ke lokasi dengan dibantu Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat).

“Kejadian berlaku di persimpangan lampu isyarat di Jalan Seremban - Tampin dekat Kawasan Perindustrian Ringan Senawang, Seremban.

“Hasil pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati lima sekeluarga berusia empat hingga 33 tahun telah alami sesak nafas dan pedih mata dipercayai terhidu gas karbon monoksida dalam kereta.

“Pihak bomba kemudiannya membawa kesemua mangsa ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya yang dipetik daripada laporan Kosmo bertarikh 14 September 2021.

Tambah Mohd Hidayat, hasil siasatan awal mendapati berlakunya kebocoran gas pada kereta dinaiki keluarga berkenaan hingga menyebabkan gas karbon monoksida memasuki kenderaan.

Ujarnya lagi, pasukan Hazmat telah membuat pengesanan gas di dalam kereta serta kawasan sekitar bagi memastikan keadaan benar-benar selamat serta terkawal dan operasi tamat sepenuhnya jam 9.46 malam. - KitaReporters


13
11
0
12
0

Copy Link: