Tiga kluster koperasi yang boleh membuat permohonan beroperasi daripada SKM adalah sektor perkhidmatan kewangan, koperasi kredit dan ar-rahnu. - Kredit Foto: suaramerdeka.com


SURUHANJAYA Koperasi Malaysia (SKM) menerima 493 permohonan daripada sektor koperasi dan bukan koperasi yang tergolong dalam kluster koperasi untuk meneruskan aktiviti ekonomi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuatkuasa di seluruh negara.

Tiga kluster koperasi yang boleh membuat permohonan beroperasi daripada SKM adalah sektor perkhidmatan kewangan termasuk co-opbank, koperasi kredit dan Ar-Rahnu.

Pengarah Bahagian Penyeliaan dan Tadbir Urus SKM, Ibrahim Kasah berkata, daripada jumlah permohonan itu, sebanyak 301 permohonan diluluskan iaitu dua permohonan daripada co-opbank termasuk Co-opbank Pertama (CBP) dan Bank Rakyat, 211 koperasi kredit dan 88 Ar-Rahnu untuk beroperasi.

Permohonan aktiviti ekonomi itu bagaimanapun perlu mendapat kelulusan menerusi sistem COVID-19 Intelligent Management System (CIMS) 3.0 yang dikelolakan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sebelum mendapat kelulusan SKM.

“Bagaimanapun, bagi sistem ini kami menolak sejumlah 192 permohonan yang tidak layak kerana bukan kluster, koperasi tidak berdaftar, koperasi memberi maklumat salah dan syarikat.

“Permohonan bukan kluster koperasi itu bermaksud koperasi yang tidak menjalankan aktiviti co-opbank, kredit atau Ar-Rahnu.

“Sehingga kini, permohonan yang paling tinggi diluluskan adalah koperasi di sekitar Wilayah Persekutuan dengan jumlah 117 permohonan,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat, 9 Julai 2021.

Kata Ibrahim, SKM melalui Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) mendapatkan kelulusan daripada Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk membenarkan koperasi bersesuaian menjalankan aktiviti ekonomi semasa PKP.

Katanya, SKM turut mempunyai senarai nama koperasi yang mempunyai aktiviti yang dibenarkan dan prosedur operasi standard (SOP) dipersetujui MEDAC untuk koperasi beroperasi sepanjang PKP 3.0. - KitaReporters


SKM telah menolak sejumlah 192 permohonan tidak layak kerana bukan kluster, koperasi tidak berdaftar, koperasi memberi maklumat salah dan syarikat. - Kredit foto: Facebook Ar-Rahnu KT Sungai Besi

0
0
0
0
0

Copy Link: