Berita Terkini| Lebih 27k rakyat Kelantan tak mahu vaksin COVID-19! 9k daripadanya antivaksin!

Published by
KitaReporters


LEBIH 27,000 rakyat di Kelantan mengisytiharkan tidak mahu menerima suntikan vaksin Covid-19 dengan alasan-alasan tertentu, setakat Rabu, 29 September 2021.

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr Izani Husin berkata, daripada jumlah tersebut, lebih 9,000 merupakan individu antivaksin yang benar-benar menolak suntikan tersebut.

Beliau berkata, angka selebihnya pula adalah mereka yang menolak vaksin kerana masalah kesihatan serta mempunyai alasan tertentu.

“Setakat ini data yang dikumpulkan melalui pemimpin setempat termasuk ketua jajahan, ketua kampung dan sebagainya mendapati seramai 27,000 daripada keseluruhan 1.103 juta penduduk di Kelantan tidak mahu divaksin.

"Lebih 9,000 orang yang enggan divaksin itu memberi pelbagai alasan, antaranya mendakwa vaksin adalah agenda Yahudi dan berbahaya. Selebihnya tidak mahu divaksin kerana berpenyakit," katanya seperti dipetik Sinar Harian, Khamis 30 September 2021.

Beliau menjelaskan, dasar kerajaan sememangnya tidak boleh memaksa seseorang individu mengambil vaksin, namun jika tidak divaksin akan mengundang bahaya kepada orang lain serta diri mereka sendiri ketika berurusan dengan pihak lain," katanya. - KitaReporters



9
14
0
6
0

Copy Link: