Berita Terkini| Kanak-kanak perempuan maut ditetak bapa saudara! Kes mula-mula tular dalam FB!

Published by
KitaReporters

 

Gambar hiasan... Polis kini masih siasat kes kanak-kanak perempuan maut dipercayai ditetak bapa saudara. Kredit foto: NSTP


SEORANG kanak-kanak perempuan maut dipercayai selepas ditetak oleh bapa saudaranya sendiri dalam kejadian di sebuah kampung di Kuala Selangor pada 3 Julai 2021.

Memetik laporan Sinar Harian pada 4 Julai 2021, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa mengesahkan kejadian tersebut dan maklumkan polis kini masih jalankan siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 320 Kanun Keseksaan dan maklumat lanjut berkaitan kejadian akan dimaklumkan selepas siasatan dijalankan,” katanya.

Terdahulu, seorang pemilik akaun Facebook memuat naik status berkaitan kejadian seorang kanak-kanak perempuan ditetak oleh bapa saudaranya hinggakan ia tular.

Melalui status tersebut juga, dia menyifatkan kejadian itu sebagai kejam serta tidak perikemanusiaan namun semakan media mendapati status dimuat naik itu sudah dipadam. - KitaReporters


 

1
1
1
0
2

Copy Link: