Gambar hiasan... LHDN menjamin keselamatan data dan maklumat yang diselia kerana dilindungi teknologi keselamatan data diiktiraf. - Kredit foto: Sumber FB


LEMBAGA Hasil Dalam Negeri (LHDN) menafikan laporan berlakunya kebocoran data seperti didakwa sebuah portal dan kesal dengan dakwaan sedemikian.

Menerusi satu kenyataan LHDN seperti dilaporkan oleh Kosmo pada 28 September 2021, siasatan dalaman telah dijalankan dan mendapati tidak berlaku sebarang perkara seperti didakwa.

“LHDN memberi jaminan bahawa semua data dan maklumat yang berada dalam simpanan adalah selamat kerana dilindungi dengan teknologi keselamatan data diiktiraf.

“Kami menafikan laporan berlakunya kebocoran data seperti didakwa portal berkenaan. LHDN hanya merupakan pengguna, bukannya pemilik kepada sistem myIDENTITY tersebut.

“Bagi melihat semua kemungkinan berkenaan dakwaan itu, LHDN kini sedang bekerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara, Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya.

Kenyataan turut memaklumkan pihak LHDN begitu kesal dengan laporan itu dan dakwaan sedemikian boleh menghakis keyakinan orang ramai khususnya pembayar cukai terhadap keselamatan data serta maklumat mereka. -KitaReporters


10
16
0
16
0

Copy Link: