Gambar hiasan... Musim tengkujuh dijangka bermula pada awal November 2021. - Kredit foto: santai.com.my


JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan musim tengkujuh yang lazimnya menyebabkan banjir di negeri-negeri Pantai Timur bakal bermula awal November 2021.

Ketua Pengarahnya, Muhammad Helmi Abdullah berkata Monsun Timur Laut atau musim tengkujuh pada tahun ini dijangka tidak bermula lebih awal daripada kebiasaanya berdasarkan analisis dan pemantauan semasa.

“Beberapa kawasan di negara ini kini mengalami cuaca lembap, namun musim tengkujuh dijangka akan bermula November 2021.

“Malaysia kini mengalami fasa Monsun Barat Daya melemah atau ‘ monsoon break’ yang boleh menyebabkan berlakunya bencana banjir di beberapa kawasan khususnya di negeri-negeri Pantai Barat serta Semenanjung Malaysia.

“Antara negeri alami ‘monsoon break’ ialah Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Johor. Keadaan ini disebabkan berlakunya perubahan corak tiupan angin memasuki rantau negara yang membawa kelembapan tinggi,” katanya dipetik daripada laporan Harian Metro, 25 Ogos 2021.

Muhammad Helmi berkata keadaan itu seterusnya menyumbang kepada pembentukan awan aktif serta hujan dan corak cuaca lembap itu dijangka berterusan sepanjang minggu ini. - KitaReporters


0
2
1
0
0

Copy Link: