GAMBAR hiasan... Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) akan menyalurkan bantuan kewangan sebanyak RM1,000 secara one-off (sekali beri) kepada pengusaha spa dan pusat urutan kaki dalam menghadapi pandemik Covid-19. 


KIRA-KIRA 433 pengusaha spa dan 269 pusat urutan kaki (PUK) disasarkan menerima bantuan kewangan RM1,000 secara one-off (sekali beri) menerusi Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih), tidak lama lagi.

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) berkata, kesemua penerima berkenaan perlu bernaung di bawah persatuan yang diiktiraf MOTAC iaitu Persatuan Spa Malaysia (AMSPA) serta Persatuan Kesihatan dan Spa Malaysia (MAWSPA).

Pengusaha yang layak boleh memohon secara dalam talian di pautan http://www.motac.gov.my/PrihatinMOTAC21_Spa mulai Khamis, 19 Ogos 2021 sebelum permohonan ditutup pada 6 September 2021.

“MOTAC menyeru semua pengusaha spa dan PUK yang layak untuk segera mengemukakan permohonan bantuan yang ditawarkan ini bagi meringankan beban yang dihadapi akibat pandemik Covid-19,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, Rabu, 18 Ogos 2021.

Sehingga kini, terdapat kira-kira 433 pengusaha spa bernaung di bawah AMSPA dan 269 pengusaha PUK di bawah MAWSPA. - KitaReporters

0
0
0
0
0

Copy Link: