PEMBERIAN dos penggalak (booster dose) kepada individu yang sudah lengkap divaksinkan tidak membantu mengawal penularan varian Delta.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, penularan varian Delta dapat dikawal dengan pemberian suntikan vaksin kepada individu yang belum divaksinasi.

“Liputan vaksin dalam negara perlu ditingkatkan sebelum mempertimbangkan pemberian dos penggalak.

"Tiada sesiapa yang selamat sehingga semua orang selamat," katanya seperti dipetik daripada laporan Sinar Harian, Khamis26 Ogos 2021.

Buat masa ini, beberapa negara termasuk Amerika Syarikat (AS) memberikan dos penggalak kepada individu rentan, termasuk mempunyai masalah penyakit imuniti susulan penularan varian Delta.

Pemberian berkenaan berikutan syarikat farmaseutikal Pfizer-BioNTech menyatakan perlindungan terhadap individu diberikan dua dos berkurangan selepas enam bulan. - KitaReporters


 

 

0
0
0
0
0

Copy Link: