PPV Taman Harmoni, Batu 3, Sandakan berlaku kesesakan pada 12 Ogos 2021. - Kredit foto: Media sosial


KETUA Polis Daerah (KPD) di seluruh daerah di Sabah diarahkan memantau pusat pemberian vaksin (PPV) di tempat masing-masing bagi memastikan isu kesesakan tidak berulang.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, Senior Asisten Komisioner Yusuh Mat Tais berkata KPD juga telah diarahkan membuat perancangan awal bagi pastikan proses vaksinasi dapat berjalan dengan lancar.

“KPD berperanan memastikan PPV di daerah mereka dipantau sebaik mungkin bagi memastikan proses vaksinasi dijalankan di PPV berada dalam keadaan terkawal serta tidak berlaku kesesakan.

“Penambahan anggota di setiap PPV juga telah pun dimaklumkan kepada semua KPD bagi menentukan kawalan anggota yang mencukupi di kawasan PPV,” katanya dipetik daripada laporan Berita Harian, 14 Ogos 2021.

Terdahulu, sebelum ini PPV Taman Harmoni, Batu 3, Sandakan dan Dewan Perdana, Jalan Silam, Lahad Datu dilaporkan sesak selepas diserbu oleh orang ramai yang ingin mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 secara ‘walk in’ (jumpa terus). - KitaReporters


0
0
0
0
0

Copy Link: