PENDUDUK Perlis kini mendapat khabar gembira apabila dibenarkan melakukan pergerakan melebihi radius 10 kilometer dalam negeri ini, namun masih mengekalkan larangan rentas negeri.

Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man berkata, beliau membawa cadangan berkenaan ketika menghadiri mesyurat Majlis Keselamatan Negara (MKN) .

“Pagi ini saya telah menghadiri Mesyuarat MKN yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan seperti mana yang dibangkitkan oleh ramai netizens, saya telah mencadangkan supaya kebenaran diberikan oleh Kerajaan Pusat untuk membolehkan penduduk Perlis rentas dalam negeri melebihi 10 km.

“Alhamdulillah, cadangan ini telah dipersetujui. Kita tunggulah kelulusan ini diberikan secara rasmi oleh MKN nanti,” katanya yang dimuat naik dalam Facebook peribadinya Azlan Man pada Isnin, 5 Julai 2020.

Bagaimanapun beliau menegaskan pergerakan rentas negeri masih tidak dibenarkan.

Perlis kini antara lima negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak yang memasuki Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa Isnin, 5 Julai 2021. - KitaReporters


PERLIS menjadi negeri pertama memberi kebenaran melakukan pergerakan melebihi 10 kilometer. - Kredit foto:  motoqar.com

1
1
0
0
0

Copy Link: