ORANG ramai yang mencari ruang sesuai bagi mengasingkan diri daripada ahli keluarga selepas positif Covid-19 kini berpeluang menginap di kumpulan hotel jenama tempatan, Royal Chulan sepanjang tempoh kuarantin.

Kumpulan hotel jenama tempatan, Royale Chulan Hotels & Resorts yang bekerjasama dengan Megaklinik Zahran bagi menawarkan khidmat rawatan dan pusat kuarantin untuk pesakit Covid-19 berisiko rendah di Kuala Lumpur.

Pengurus Besar Royale Chulan Kuala Lumpur, Badrul Rezal Baharudin berkata, kerjasama itu diwujudkan selepas melihat pesakit Covid-19 sukar mencari ruang sesuai bagi mengasingkan diri daripada ahli keluarga yang lain.

"Sejumlah 230 kamar lima bintang menawarkan ruang kepada pesakit bagi menjalankan kuarantin dengan lebih selesa. Lebih penting, terdapat pasukan perubatan terlatih untuk memantau tahap kesihatan mereka pada setiap masa.

"Pakej yang disediakan ini termasuk sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam serta pemeriksaan kesihatan harian sebanyak tiga kali sehari," katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur pada Ahad, 25 Julai 2021.

Katanya tawaran pakej bernilai RM250 satu malam turut menyediakan perkhidmatan WiFi secara percuma kepada pelanggan, selain diskaun sebanyak 20 peratus akan diberi untuk makanan dan minuman yang dihidangkan di bilik pesakit.

Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh menghubungi Royale Chulan Kuala Lumpur menerusi talian 03-26889688. - KitaReporters


1
1
0
0
0

Copy Link: