Orang ramai yang punyai maklumat berhubung empat tahanan positif Covid-19 yang lari daripada pusat kuarantin bangunan Ilman, Penampang diminta maklumkan pada polis. - Kredit foto: Ihsan PDRM


POLIS kini memburu empat tahanan lokap positif Covid-19 yang melarikan diri dari pusat kuarantin di Institut Latihan Mahkamah Anak Negeri (ILMAN), Penampang dalam kejadian pada 1 Ogos 2021.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata kesemua mereka yang merupakan tiga warga asing dan seorang warga tempatan itu dikesan melarikan diri jam 3.30 pagi.

“Empat tahanan tersebut ialah  Salman Arip, 19; Mohd Diyazmir Razif Rudyaz, 20; Mohd Rahman Basir, 24; dan Arippian Abdul, 27.

“Mereka dipindahkan secara berperingkat-peringkat sejak 24 Julai 2021 dari lokap Balai Polis Penampang ke pusat Covid-19 di bangunan ILMAN setelah disahkan positif Covid-19.

“Orang ramai yang punyai sebarang maklumat boleh salurkan kepada polis  dengan hubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang menerusi talian 088-723961 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya dipetik oleh laporan Harian Metro, 1 Ogos 2021.

Tambah beliau, kesemua suspek yang melarikan diri itu ditahan dan disiasat atas kesalahan mencuri, mencederakan serta penyalahgunaan dadah. - KitaReporters


0
0
0
0
0

Copy Link: