KERAJAAN bersetuju untuk melaksanakan pemberian dos ketiga vaksin Covid-19 dalam usaha meningkatkan perlindungan kepada golongan rentan daripada risiko jangkitan pandemik tersebut.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah tersebut akan dilakukan selepas negara mencapai imunisasi populasi dewasa di seluruh negara melebihi 80 peratus.

Beliau berkata, keutamaan pemberian dos ketiga itu akan tertumpu kepada kumpulan berisiko tinggi terlebih dahulu seperti anggota barisan hadapan kesihatan dan pesakit kurang daya tahan imun atau 'immunocompromised'.

“Ia termasuk warga tua dengan komorbiditi dan individu yang tinggal atau bekerja di pusat jagaan jangka panjang (long-term care facilities),” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad, 19 September 2021.

Kadar vaksinasi negara bagi individu yang memperoleh dua dos vaksin Covid-19 adalah sebanyak 56 peratus, manakala 67.2 peratus mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin sehingga Sabtu, 18 Septemberi 2021. - KitaReporters


16
12
0
11
0

Copy Link: