Gambar hiasan... Sebanyak 74% penjawat awam di negara ini telah lengkapkan dua dos suntikan vaksin setakat 19 Ogos 2021. - Kredit foto: FB Warga Hulu Sihat


SEBANYAK 2.2 peratus daripada keseluruhan kira-kira 1.6 juta penjawat awam di negara ini dikesan tidak punyai rekod menerusi aplikasi MySejahtera bagi mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 hingga 19 Ogos 2021 lalu.

Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman berkata faktor kesihatan dan ragu-ragu termasuk kerana sedang mengandung antara penyebab mereka tidak mendaftar.

“Kita akan kemukakan nama-nama berkenaan kepada ketua jabatan masing-masing bagi mengetahui isu sebenar untuk tindakan selanjutnya.

“Setakat tempoh itu juga, sebanyak 74% penjawat awam di negara ini telah lengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19, manakala 17.8% lagi telah menerima satu dos.

“JPA turut meminta pihak berkaitan menyegerakan pemberian vaksi kepada hampir 30,000 penjawat awam yang belum mendapat tarikh janji temu menerima vaksin walaupun sudah mendaftar,” katanya dipetik daripada laporan Kosmo dan Bernama siaran 29 Ogos 2021.

Tambah beliau, apabila mereka sudah menerima vaksin ia memudahkan lagi pembukaan lebih banyak sektor perkhidmatan awam kelak. - KitaReporters


0
0
0
0
0

Copy Link: