Gambar hiasan... DBKL menangguhkan Garis Panduan Lesen Minuman Keras selama sebulan sehingga 31 Oktober 2021.  - Kredit foto: sumber internet


DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menangguhkan Garis Panduan Lesen Minuman Keras (LMK) yang diumumkan sebelum ini selama satu bulan hingga 31 Oktober 2021 nanti.

Menerusi satu kenyataan, DBKL memaklumkan penangguhan itu bertujuan bagi memuktamadkan kajian berkaitan kawalan penjualan 'liquor' (arak) di Kuala Lumpur.

“LMK yang diguna pakai berkuat kuasa pada 15 November 2020 menyatakan penjualan 'liquor' di kedai runcit, serbaneka dan kedai ubat Cina tidak dibenarkan bermula 1 Oktober 2021.

“Bagaimanapun larangan tersebut ditangguhkan bagi tempoh selama satu bulan sehingga 31 Oktober 2021.

“Pemilik LMK runcit masih dibenarkan menjual minuman keras jenis 'liquor' bagi tempoh tersebut,” katanya dipetik laporan Sinar Harian siaran 30 September 2021.

DBKL turut memaklumkan, kemudahdapatan dan aksesibiliti 'liquor' telah menjadi aduan dan bantahan kerana mendatangkan kemudaratan kepada keselamatan orang ramai. - KitaReporters


11
12
0
16
0

Copy Link: