Gambar hiasan... Mangsa mendakwa dirogol sewaktu kali pertama berjumpa dengan suspek. - Kredit foto: 123RF


PERTEMUAN pertama seorang remaja perempuan berusia 13 tahun dengan kawan lelaki yang dikenalinya melalui aplikasi WhatsApp bertukar detik hitam apabila dia dipercayai dirogol.

Mangsa mendakwa diperkosa seorang lelaki berusia 18 tahun di kawasan perumahan di Batu 6, Padawan, Sarawak pada Mei 2021 lalu, namun kejadian baharu dilaporkan kepada pihak polis pada 19 Julai 2021.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Aidil Bolhassan berkata ekoran daripada laporan itu remaja lelaki yang disyaki merogol gadis di bawah umur itu ditahan di tepi Jalan Lapangan Terbang Lama, Padawan.

“Suspek ditahan jam 8.10 malam pada hari sama laporan polis dibuat oleh bapa mangsa berhubung kejadian anaknya mendakwa dirogol suspek pada 15 Mei 2021.

"Hari kejadian merupakan kali pertama mangsa berjumpa dengan suspek setelah kedua-dua mereka dipercayai berkenalan melalui aplikasi WhatsApp,” katanya yang dipetik laporan Harian Metro pada 20 Julai 2021.

Tambah Aidil, kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan remaja lelaki berkenaan kini ditahan di lokap Balai Polis Siburan. KitaReporters


0
1
3
0
3

Copy Link: