Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata jumlah berkenaan adalah sebahagian besar daripada 453 individu yang bertugas di PPV tersebut.


SERAMAI 204 sukarelawan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam disahkan positif selepas saringan beramai-ramai dilakukan pada 10 Julai 2021 lalu.

Perkara ini diumumkan oleh Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Menurutnya, saringan Covid-19 beramai-ramai kepada petugas di IDCC dibuat sebaik sahaja pihaknya mendapat laporan mengenai dua sukarelawan yang disahkan positif.

Tegas beliau, jumlah berkenaan adalah sebahagian besar daripada keseluruhan 453 individu yang bertugas di PPV di Shah Alam. 

“Ujian ini telah dijalankan pada 10 Julai melibatkan kesemua petugas. Susulan langkah ini, setakat ini, sebanyak 204 petugas telah didapati positif.

“Keputusan RT-PCR telah menunjukkan kesemua yang positif mempunyai CT (cycle threshold) lebih daripada 35, di mana mereka mempunyai ‘load’ virus yang rendah,” katanya seperti dipetik oleh Astro Awani, Selasa, 13 Julai 2021.

Justeru, beliau menyarankan penerima vaksin yang hadir di PPV tersebut pada 9 Julai, daripada jam 4 petang, agar memantau sebarang gejala Covid-19 selama 10 hari.

Mereka yang hadir pada 10, 11 dan 12 Julai juga disarankan memantau gejala dan melakukan kawalan kendiri selama 10 hari.

Terdahulu, PPV IDCC ditutup susulan mengesan kes positif Covid-19 dalam kalangan petugas-petugas.

Penutupan berkenaan bagi memberi laluan untuk bagi  membolehkan kerja-kerja sanitasi dijalankan. - KitaReporters


Seramai 204 petugas PPV IDCC Shah Alam, Selangor disahkan positif Covid-19 selepas ujian saringan beramai-ramai dilakukan terhadap kesemua 453 petugas. - Kredit foto: Bernama

0
0
0
0
0

Copy Link: