PELANTIKAN itu dapat membantu Perdana Menteri menguruskan pentadbiran negara dan memenuhi keperluan rakyat pada masa ini. - Kredit foto: Astro Awani


DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri berkuat kuasa serta merta selain kekal memegang portfolio Menteri Pertahanan.

Pelantikan itu dapat membantu Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menguruskan pentadbiran negara dan memenuhi keperluan rakyat dalam keadaan negara sedang menghadapi krisis kesihatan dan ekonomi pada masa ini.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan memaklumkan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pula dilantik sebagai Menteri Kanan.

"Sebagai Menteri Kanan, beliau akan mengetuai Kluster Keselamatan yang sebelum ini diketuai Ismail Sabri.

"Selain itu, Muhyiddin bersetuju Hishammuddin membantu beliau dalam pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN)," katanya dalam kenyataan pada Rabu, 7 Julai 2021.

Menurut kenyataan itu, kedua-dua pelantikan telah disembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong. - KitaReporters


Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan memaklumkan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pula dilantik sebagai Menteri Kanan Luar Negeri. Kredit Foto: Utusan Malaysia


 

4
2
0
0
0

Copy Link: