Tangkap layar video tular sekumpulan individu berkumpul untuk mengambil bungkusan di sebuah universiti di Perak.


POLIS jalankan siasatan berhubung video tular memaparkan sekumpulan individu berkumpul di sebuah universiti di Perak untuk mengambil bungkusan diedarkan sebuah syarikat perkhidmatan kurier.

Paparan video kejadian dipercayai hadapan pintu utama universiti tersebut memperlihatkan mereka terlibat tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Daerah Perak Tengah Superintendan Barudin Wariso berkata pihaknya telah terima satu laporan polis daripada seorang individu berhubung kejadian tersebut.

“Semakan mendapati video berdurasi enam saat dikongsikan oleh seorang  pemilik akaun Twitter pada 9.04 malam, 30 Jun 2021. Video menunjukkan sekumpulan individu berkumpul mengambil bungkusan diedarkan syarikat kurier berkenaan tanpa patuhi SOP PKP.

"Pemilik akaun tersebut turut meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengambil tindakan ke atas perkara berkenaan," katanya yang dipetik dari laporan Harian Metro, 2 Julai 2021.

Tambah beliau, kejadian hanya membabitkan penuntut serta pihak syarikat perkhidmatan kurier tersebut sahaja serta di luar pengetahuan pentadbiran universiti.

“Pada awalnya, individu yang  hadir mematuhi SOP dengan berbaris namun kemudiannya menjadi tidak terkawal. Polis sedang kenal pasti pekerja syarikat kurier dan semua  yang berada dalam video berkenaan.

“Kes akan disiasat mengikut Perkara 11 PPDPPB, Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM)1998,” ujarnya. - KitaReporters


 

 

0
0
0
0
0

Copy Link: