Kelonggaran SOP Fasa 1 PPN bagi industri kreatif bermula 9 September 2021 bakal berikan kelegaan kepada lebih 19,000 syarikat berkaitan.


KERAJAAN bersetuju melonggarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi industri kreatif bermula 9 September 2021.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan itu dibuat berdasarkan perbincangan Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik Covid-19 pada 2 September 2021 baru-baru ini.

“Kelonggaran ini bakal memberikan kelegaan kepada lebih 19,000 syarikat berkaitan industri kreatif serta lebih sejuta penggiat, artis dan pekerja dalam bidang berkaitan.

"Persetujuan memberi kelonggaran ini tertakluk syarat SOP diluluskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), termasuk hanya kepada penggiat, pekerja dan pengguna yang sudah menerima dua dos lengkap vaksin Covid-19 serta kapasiti ruang premis yang dibenarkan.

"Selain itu, ia turut diberi berasaskan faktor terdapat negeri-negeri telah mencapai status 80 peratus populasi dewasa menerima dos lengkap vaksin atau mencapai tahap imuniti kelompok," katanya dalam satu kenyataan pada 7 September 2021.

Tambah beliau, antara aktiviti industri kreatif diberi kelonggaran ialah pembangunan dan penyiaran kandungan kreatif secara rakaman atau siaran langsung, ‘indoor busking’ kepada individu lengkap divaksin, pameran seni serta panggung wayang.

Katanya lagi, industri kreatif menyumbang sebanyak dua peratus atau RM29 bilion daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2019. KitaReporters


10
13
0
10
0

Copy Link: