Gambar hiasan... Individu yang telah lengkap terima suntikan vaksin Covid-19 di luar negara perlu hadir ke mana-mana pejabat kesihatan daerah terdekat. - Kredit foto: my.worldorgs.com


RAKYAT Malaysia yang menerima suntikan vaksin Covid-19 di luar negara perlu ke Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) terdekat untuk mendapatkan sijil vaksinasi yang disahkan serta diiktiraf menerusi aplikasi MySejahtera.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata tindakan berkenaan bagi mengesan status serta jenis vaksin telah diterima penerima berkenaan.

“PKD yang menerima sijil vaksinasi dikeluarkan di luar negara itu untuk disahkan sebelum Jabatan Kesihatan Negeri hantar permohonan itu ke Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Putrajaya untuk tindakan lanjut.

“Kemudiannya CPRC akan maklumkan kepada MySejahtera untuk kemas kini dan keluarkan sijil vaksinasi dalam aplikasi MySejahtera dalam telefon pintar pemohon,” katanya yang dipetik laporan Utusan Malaysia siaran 5 September 2021.

Dr Adham turut memaklumkan langkah itu penting untuk mengesahkan sijil vaksinasi yang diterima di luar negara berkenaan disahkan tulen dan jenis vaksin yang diterima itu diluluskan di negara ini.

Katanya lagi, sijil vaksinasi yang dikemas kini dalam aplikasi MySejahtera penting bagi memudahkan seseorang individu yang telahpun menerima suntikan vaksin Covid-19 menjalankan aktiviti harian. -KitaReporters


 

13
16
0
14
0

Copy Link: