Berita Terkini| Labuan negeri pertama capai imuniti kelompok! 80% penduduk sudah dua dos vaksin!

Published by
KitaReporters


LABUAN menjadi negeri pertama di Malaysia yang mencapai imuniti kelompok apabila mencapai vaksinasi penuh 80 peratus populasi bagi membendung penularan Covid-19.

Pengerusi CITF Labuan Rithuan Ismail berkata, sebanyak 54,800 daripada 68,500 penduduk daripada jumlah populasi yang layak untuk divaksin, telah menerima dua dos vaksin.

“Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) Labuan dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Labuan menyifatkan program ini sebagai tugas yang sukar tetapi mengakui kerjasama berpasukan yang hebat telah membuahkan kejayaan.

"Kami gembira dapat mencapai imuniti kelompok tiga hari lebih awal daripada tarikh sasaran iaitu 30 Julai 2021,”kata seperti dipetik Bernama pada Selasa, 27 Julai 2021.

Pencapaian itu adalah kejayaan penduduk di pulau ini yang peka terhadap kepentingan vaksinasi Covid-19, serta kerja berpasukan daripada pasukan petugas khas dan masyarakat sebagai sukarelawan yang dinamakan Prihatin Volunteers Team (Privo).

 "Jumlah penduduk yang divaksin pada Jun (2021) kurang daripada 14,000 tetapi meningkat dengan drastik kepada 40,800 dalam masa 37 hari dan (terus meningkat) hari ini," katanya. - KitaReporters


0
0
0
0
0

Copy Link: