Berita Terkini| Tutup kilang di Selangor bukan kuasa PBT! Bidang kuasa kerajaan Persekutuan!

Published by
KitaReporters

Gambar hiasan... Penutupan kilang di Selangor bukan di bawah bidang kuasa PBT. - Kredit foto:  Bernama


PENUTUPAN kilang di Selangor sebagai usaha membendung penularan Covid-19 bukan di bawah kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) sebaliknya di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan dan Pengangkutan Awam Selangor, Ng Sze Han, merujuk Seksyen 107(2) Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171] tidak menjelaskan berhubung tindakan PBT mengarahkan penutupan kilang.

"Lesen pengoperasian kilang dikeluarkan PBT adalah sebagaimana yang tertakluk di bawah Akta 171 sahaja, ia  tidak melibatkan hal ehwal kesihatan berkenaan pencegahan dan kawalan penyakit berjangkit. 

"Undang-undang kesihatan berkenaan hal itu dikuatkuasakan oleh Kerajaan Persekutuan melalui Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 iaitu Akta 342," katanya yang dipetik laporan Kosmo, 14 Julai 2021. 

Tambah beliau, walaupun seksyen yang dirujuk seakan-akan memberi kuasa mutlak kepada PBT untuk batalkan lesen, namun tindakan pembatalan harus dilakukan mengikut syarat serta parameter yang tertera di dalam lesen ketika dikeluarkan. 

Katanya lagi, ia bukannya bersifat arbitrari dengan dilakukan secara sewenang-wenangnya atau tanpa asas. -KitaReporters


0
0
0
0
0

Copy Link: