Gambar hiasan... Semua pelajar warganegara bagi semester satu sesi 2021/2022 di universiti awam akan menikmati potongan 20% pengurangan bayaran yuran. - Kredit foto: FB USM 


SEBANYAK 20 peratus pengurangan yuran akan diberikan kepada semua pelajar warganegara Malaysia di universiti awam (UA) dalam negara bagi semester satu sesi 2021/2022.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata pengurangan yuran itu bakal dimanfaatkan seramai 555,340 pelajar dengan melibatkan nilai keseluruhan RM175 juta.

"Menerusi inisiatif #KPTPrihatin dan selaras dengan prinsip Keluarga Malaysia, program berkaitan kesihatan mental dan perkhidmatan kaunseliing seperti Telekaunseling serta Pengurusan Kesihatan Mental Diri turut disediakan," katanya dipetik daripada laporan Berita Harian pada 14 September 2021.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan beliau turut memaklumkan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) institusi pengajian tinggi akan dilaksanakan secara hibrid.

Katanya, ia akan dijalankan dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang diluluskan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Bagi kursus atau program dijalankan secara dalam talian pelajar boleh memilih bagi meneruskan PdP tersebut di lokaliti masing-masing.

"Aktiviti membabitkan makmal, bengkel, studio dan penyelidikan pula boleh dijalankan secara berkumpulan namun perlu berpandukan SOP ditetapkan,” ujarnya. KitaReporters


22
15
0
10
0

Copy Link: