MAJLIS Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) membenarkan pelaksanaan solat Jumaat dan solat fardu lima waktu di seluruh masjid negeri, bandar, jajahan, mukim, serta surau dan musala, berkuat kuasa mulai Jumaat, 17 September 2021.

Yang Dipertua MAIK, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, kebenaran pelaksanaan solat berkenaan dalam tempoh Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) itu bagaimanapun hanya dibenarkan kepada jemaah yang terdiri daripada kakitangan masjid dan jemaah terpilih sahaja.

“Seramai 40 jemaah dibenarkan bagi solat fardu Jumaat di seluruh masjid negeri, bandar, jajahan dan mukim bermula hari ini (17 September 2021) dan had bilangan jemaah yang sama turut dibenarkan bagi pelaksanaan solat fardu lima waktu di masjid negeri, bandar, jajahan, mukim, surau dan musala.

“Pelaksanaan solat fardu Jumaat dan solat fardu lima waktu berkenaan turut mendapat perkenan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V sebagai Ketua Agama Islam Negeri,” katanya dalam kenyataan, Jumaat, 17 Seotember 2021.

Tengku Mohamad Rizam yang juga Tengku Temenggong Kelantan berkata, kakitangan masjid dan para jemaah yang hadir wajib menerima dos lengkap suntikan vaksin. - KitaReporters


10
13
0
4
0

Copy Link: