Gambar hiasan... Seramai 66 individu termasuk enam pegawai dan anggota polis ditahan dalam Operasi Hiburan di Johor


Enam pegawai dan anggota polis antara 66 individu yang dicekup ketika serbuan Operasi Hiburan di sebuah pusat hiburan di Taman Pelangi, Johor Bahru, Johor pada 6 Ogos 2021.

Memetik laporan Harian Metro siaran 7 Ogos 2021, serbuan kira-kira jam 1.30 pagi itu dijalankan Pasukan Task Force Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor.

Menurut sumber, enam pegawai serta anggota polis berkenaan bertugas di dua Ibu Pejabat Polis Daerah di Johor dan ujian saringan air kencing dilakukan didapati empat daripada mereka positif dadah.

“Seramai 66 individu termasuk 12 warga asing berusia antara 17 hingga 45 ditahan ketika serbuan dan daripada jumlah itu, 41 orang didapati positif dadah termasuk dua pegawai dan dua anggota polis.

“Pasukan serbuan juga merampas beberapa jenis barang terlarang dipercayai dadah iaitu serbuk ekstasi dan pil ekstasi.

“Hasil soal sisatan terhadap suspek yang positif dadah, mereka mengaku mengambil barang berkenaan di pusat hiburan tersebut daripada individu dikenali dengan gelaran ‘doktor’,” katanya.

Tambahnya, difahamkan ‘doktor’ tersebut telah ditahan pihak polis dan siasatan sedang dijalankan bagi mengetahui serta kenal pasti dari mana bekalan dadah diperolehi.

Harian Metro turut melaporan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) akta sama.

Selain itu, polis turut keluarkan 66 kompaun bagi kesalahan adakan aktiviti sosial atau terlarang mengikut Peraturan 17 Peraturan 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pelan Pemulihan Negara) 2021. - KitaReporters


0
0
3
0
0

Copy Link: