Kambing betina ditemui mati setelah dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii seorang lelaki dalam kejadian di  Kampung Sungai Buaya, Serendah. - Kredit foto: Ihsan polis 


Seorang lelaki berusia 60 tahun dicekup oleh polis setelah dipercayai tergamak melakukan hubungan seks luar tabii dengan seekor kambing betina sehingga haiwan itu mati dalam kejadian di Kampung Sungai Buaya, Serendah, Selangor.

Kejadian pada 27 Julai 2021 itu disedari pemilik kambing tersebut iaitu seorang wanita berusia 45 tahun setelah mendengar haiwan peliharaannya yang berada di belakang rumah mengeluarkan bunyi pelik kira-kira jam 1.30 petang.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamaruddin berkata, laporan polis oleh pemilik haiwan tersebut berhubung kejadian itu diterima pihaknya jam 6.24 petang di Balai Polis Serendah.

“Pengadu memaklumkan sejurus mendengar bunyi dari kandang kambing dia keluar rumah untuk memeriksa keadaan dan mendapati seorang lelaki bangun daripada sebelah kambingnya dalam keadaan separuh bogel.

“Lelaki yang dikenalinya itu kemudiannya melarikan diri. Pengadu memeriksa haiwannya itu dan didapati kambing betina itu sudah mati,” katanya dipetik laporan Berita Harian, 28 Julai 2021.

Tambah beliau, susulan laporan polis diterima sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor menahan suspek kira-kira jam 10.50 pagi pada 28 Julai 2021di kawasan semak Jalan Tengah, Kampung Sungai Buaya Serendah.

Katanya lagi, suspek yang punyai rekod lampau kes jenayah akan direman di Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bharu pada 29 Julai 2021 untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 377 Kanun Keseksaan dan Seksyen 289 Kanun Keseksaan. KitaReporters


2
1
1
1
1

Copy Link: