Berita Terkini| KAFA diteruskan secara PdPR sehingga persekolahan berakhir! UPKK diganti penilaian!

Published by
KitaReporters

KELAS Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di seluruh negara bagi Tahun Satu hingga Enam akan diteruskan secara Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sehingga takwim persekolahan 2021 berakhir.

Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) untuk calon tahun 2020 dan 2021 bagi subjek bertulis yang dijadualkan serentak pada 15 hingga 18 November digantikan dengan pelaksanaan berbentuk penilaian sepenuhnya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad berkata, keputusan tersebut tidak akan menjejaskan penilaian terhadap tahap penguasaan murid-murid kepada subjek yang dipelajari.

“Kemenjadian murid-murid di dalam pendidikan mampu dinilai melalui pelbagai kaedah.

“Justeru, bagi tujuan ini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan memaklumkan kaedah serta tarikh pelaksanaan bagi menggantikan ujian bertulis tersebut.

“Pelaksanaan UPKK secara penilaian ini tidak akan menjejaskan mutu terhadap tahap penguasaan murid dan peluang untuk ke sekolah menengah,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook Jakim pada Khamis, 23 September 2021. - KitaReporters


11
12
0
13
0

Copy Link: