SERAMAI 19,912,566 individu atau 85.1 peratus daripada populasi dewasa di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19 setakat Selasa, 28 September 2021.

Berdasarkan perincian yang dikongsi menerusi portal CovidNow hari ini, 29 September 2021, Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan, sebanyak 94 peratus atau 21,993,709 individu daripada populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin.

Selain itu, seramai 33,050 atau 1.1 peratus daripada populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah juga melengkapkan suntikan vaksin.

Bagi kedua-dua populasi, sebanyak 329,722 dos suntikan vaksin turut diberikan semalam, 28 September 2021 melibatkan 168,734 dos pertama dan 160,998 dos kedua menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos vaksin sebanyak 43,028,919 menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

PICK dilancarkan pada 24 Februari 2021 bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara. - KitaReporters


8
20
0
13
0

Copy Link: