Berita Terkini| Covid-19: 7,599 (3%) petugas kesihatan dijangkiti! Gejala ringan, tiada gejala!

Published by
KitaReporters

Gambar hiasan... Seramai 7,599 petugas kesihatan di seluruh Malaysia direkodkan oleh KKM dijangkiti Covid-19. - Kredit foto: sumber FB


KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan seramai 7,599 orang atau 3.05 peratus petugas kesihatan di negara ini dijangkiti Covid-19 setakat ini yang dikesan hasil saringan berkala dijalankan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada jumlah itu, kebanyakan yang dijangkiti (petugas kesihatan) adalah tidak bergejala atau hanya tunjukkan gejala-gejala ringan.

“Berdasarkan jumlah direkodkan tersebut hanya 17 kes atau 0.22 peratus sahaja petugas kesihatan dijangkiti Covid-19 berada pada kategori tiga hingga lima.

“Jangkitan Covid-19 ke atas petugas-petugas KKM yang lengkap vaksinasi boleh berlaku namun kadar jangkitan yang tidak teruk iaitu 3.05 peratus sahaja,” katanya menerusi hantaran Facebooknya seperti dilaporkan oleh Berita Harian pada 17 Ogos 2021.

Beliau turut memaklumkan, seramai 248,874 petugas kesihatan di negara ini sudah mendapat vaksin lengkap, selain terdapat dua kes kematian membabitkan kategori lima. KitaReporters


1
0
0
0
1

Copy Link: