Gambar hiasan… Rina (kiri) ketika menyantuni lima beradik yang kehilangan ibu bapa akibat Covid-19 di Pangsapuri Seri Perantau, Pelabuhan  Klang pada 10 Ogos 2021. - Kredit foto: Bernama


SERAMAI 33 kanak-kanak di negara ini dikenal pasti Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) kini bergelar anak yatim piatu setelah kedua-dua ibu bapa mereka meninggal dunia akibat Covid-19.

Menterinya, Datuk Seri Rina Harun berkata jumlah itu berdasarkan maklumat diperolehi pihaknya dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Pihak kementerian akan pastikan kebajikan anak-anak ini terjaga dengan memberi perlindungan bagi memastikan masa depan mereka terjamin.

“Kita mengambil inisiatif menyediakan penempatan di tujuh institusi mengikut zon di seluruh negara kepada kanak-kanak terbabit yang perlukan perlindungan. Antaranya di Rumah Kanak-Kanak (RKK) Pokok Sena; RKK Mini Kelantan dan Taman Sinar Puteri Kota Kinabalu.

“Beberapa situasi atau kategori akan turut dilihat, jika ada saudara mara atau adik beradik berusia lebih 18 tahun yang berkemampuan serta layak untuk menjaga mereka jadi kita akan permudahkan untuk dijaga saudara terdekat,” katanya dipetik daripada laporan Harian Metro, 13 Ogos 2021.

Tambah Rina, pihaknya juga akan salurkan bantuan bulanan kepada anak-anak yatim piatu berkenaan selain turut diberi kaunseling secara berkala oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat menerusi Lembaga Kaunselor Malaysia. KitaReporters


0
0
1
0
0

Copy Link: