Gambar hiasan... Pemakaian pelitup muka tiruan boleh menyebabkan seseorang alami kesukaran bernafas serta terdedah kepada Covid-19. - Kredit foto: benarnews.org


AKTIVITI penjualan pelitup muka di Perak dipantau oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri bagi pastikan tiada produk tiruan dijual di pasaran.

Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Masyarakat Sivil Perak, Datuk Abdul Yunus Jamhari berkata pemantauan juga turut dilakukan ke atas penjualan secara dalam talian.

“Setakat ini kita tidak menerima sebarang laporan mengenai kegiatan jualan pelitup muka tiruan di Perak. Bagaimanapun, orang ramai dinasihatkan membuat aduan jika mengetahui mengenainya.

“Pihak KPDNHEP mengambil serius perkara ini, apatah lagi pelitup muka tiruan ini bukan sahaja menyebabkan pengguna terdedah dengan Covid-19 tetapi juga mengakibatkan kesukaran bernafas.

“Pemantauan dijalankan di premis niaga serta secara dalam talian,” katanya dipetik oleh laporan Harian Metro pada 7 Ogos 2021.

Tambah beliau, tindakan boleh diambil mengikut Akta Perihal Dagangan 2011 yang peruntukan hukuman denda sehingga RM250,000 jika sabit kesalahan atau RM500,000 bagi syarikat.

Untuk info, media sebelum ini melaporkan KPDNHEP mengesan kegiatan penjualan pelitup muka jenama Neutrovis tiruan dan merampas produk bernilai RM60,000 di Johor. KitaReporters


0
0
0
0
0

Copy Link: