Berita Terkini| Remaja Pahang terima vaksin! Jabatan Kesihatan lakukan penyelarasan dengan JPN!

Published by
KitaReporters


PROGRAM vaksinasi COVID-19 kepada pelajar berusia 16 dan 17 tahun di Pahang akan bermula pada Isnin, 20 September 2021 ini, kata Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Nor Azimi Yunus.

Beliau berkata, Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) juga sedang melakukan penyelarasan dengan Jabatan Pendidikan negeri berhubung pemberian vaksin berkenaan.

Katanya, pemberian vaksin kepada golongan remaja di Pahang, sudah bermula 15 September 2021 lalu lalu di lima hospital utama iaitu Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di Kuantan, Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAH) di Temerloh, Hospital Pekan, Hospital Lipis dan Hospital Bentong membabitkan remaja yang mempunyai penyakit.

"Vaksinasi terhadap pelajar di Pahang akan bermula Isnin ini, tetapi vaksinasi kepada remaja yang berpenyakit sudah dibuat.

"JKNP kini sedang menyelaraskan urusan vaksinasi pelajar dengan Jabatan Pendidikan bagi memastikan program berjalan lancar," katanya menerusi kenyataan dalam akaun Facebook, pada Jumaat, 17 September 2021.- KitaReporters


12
13
0
13
0

Copy Link: