Gambar hiasan... Persidangan khas Dewan Rakyat dijadualkan bermula pada 26 Julai 2021 ini. - Kredit foto: Malaysiakini


PERSIDANGAN khas Dewan Rakyat yang dijadualkan pada 26 Julai 2021 ini akan tetap berlangsung meskipun ketika ini terdapat 12 kes positif Covid-19 berlaku di Parlimen yang kebanyakannya melibatkan polis bantuan.

Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim berkata pihak Parlimen pastinya akan mengetatkan lagi prosedur operasi standard (SOP) sebelum masuk ke kawasan tersebut.

“Saya dimaklumkan tidak kurang 12 individu positif Covid-19, saya yang duduk di kerusi sangat berjaga-jaga dan rakan-rakan yang nak berjumpa di Parlimen pun kita tidak benarkan.

“Itu menjadi punca menggerunkan kerana dilapor sekarang varian Delta tidak perlu menerusi perantaraan dan ia boleh disebarkan menerusi pengudaraan sahaja.

“Sidang Khas Dewan Rakyat akan tetap diadakan kerana desakan daripada banyak pihak serta saranan Yang di-Pertuan Agong supaya bersidang dengan segera,” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia pada 16 Julai 2021.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan terdapat kes positif Covid-19 di Parlimen yang menyebabkan ramai menjadi kontak rapat daripada kes tersebut dan jangkitan itu banyak berlaku kepada polis bantuan di Parlimen. -KitaReporters


0
0
0
1
0

Copy Link: