Gambar kenangan Abdul Rani Kulup Abdullah (kiri) bersama Noor Jan Tuah. - Kredit foto: Tular Facebook


Ahli perniagaan, Noor Jan Tuah, 64, dari Taman Seri Gombak yang mendakwa dirinya sebagai 'Sultan Melaka' meninggal dunia akibat Covid-19 kira-kira jam 8 pagi pada 21 Ogos 2021. 

Memetik laporan Harian Metro, kematian Noor Jan dimaklumkan oleh aktivis yang juga Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah. 

"Assalamualaikum. Dukacitanya dimaklumkan bahawa Tuanku Raja Noor Jan Shah telah kembali ke Rahmatullah sebentar tadi.

"Salam takziah buat mak engku Tuanku Zaidatul Mardiah Yussuf serta seluruh ahli keluarga dan kerabat," katanya menerusi Facebook. 

Jenazah Noor Jan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Taman Batu Muda, Gombak pada petang 21 Ogos 2021. 

Sementara itu, untuk info Noor Jan pernah mencetuskan kontroversi dengan mendakwa dirinya sebagai Sultan Melaka dan pernah dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan menipu dengan menyamar sebagai Sultan Melaka namun dibebaskan daripada pertuduhan. - KitaReporters


0
0
1
0
0

Copy Link: