Berita Terkini| Jumlah jemaah umrah naik kepada 100k sehari! Pelan strategik terima 3.5j sebulan!

Published by
KitaReporters


KEMENTERIAN Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan kapasiti harian bagi jemaah umrah dinaikkan kepada 100,000 sehari manakala bilangan jemaah solat fardu turut dinaikkan kepada 60,000 orang bermula pada Jumaat, 2 Oktober 2021.

Kementerian berkenaan menerusi Twitter berkata, pihaknya bekerjasama dengan agensi-agensi berkaitan dalam melaksanakan pelan strategik yang menumpu kepada kesihatan dan keselamatan sebagai persediaan menerima 3.5 juta jemaah dan pengunjung sebulan.

September 2021 lalu, Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi  mengumumkan seramai 10 juta jemaah telah mengerjakan ibadah umrah sejak pelancaran ‘model umrah yang selamat’ pada 4 Oktober 2020.

Selain itu, kementerian turut mendedahkan lebih daripada 12,000 visa telah dikeluarkan oleh kerajaan Arab Saudi bagi menyambut kedatangan jemaah dari pelbagai negara sejak 10 Ogos 2021 lalu.

Sementara itu, Jabatan Tertinggi bagi Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjidil Nabawi berkata, pihaknya bersedia menerima kedatangan lebih ramai jemaah dari dalam dan luar Arab Saudi serta menyediakan perkhidmatan terbaik untuk memudahkan segala urusan jemaah. - KitaReporters


8
13
0
13
0

Copy Link: