Mesej tular berhubung amaran tsunami di Malaysia khususnya di Sabah adalah palsu


JABATAN Meteorologi (MetMalaysia) menafikan kemungkinan berlakunya tsunami di perairan negara Malaysia susulan gempa bumi bermagnitud 7.5 skala Richter di Semenanjung Alaska pada 29 Julai 2021.

Ketua Pengarah MetMalaysia, Jailan Simon berkata pihaknya tidak mengesan sebarang ombak tsunami di perairan negara dan menafikan kejadian  tersebut akan berlaku khususnya di Sabah.

“Peralatan pemantauan ombak tsunami kami tidak mengesan sebarang ombak tsunami. Tempoh kejadian gempa bumi sudah pun berlaku melebihi 12 jam dan MetMalaysia.

“MetMalaysia menafikan kejadian tsunami akan berlaku di Sabah. Orang ramai tidak perlu bimbang,”  katanya menerusi satu kenyataan seperti dilaporkan Kosmo bertarikh 30 Julai 2021.

Tambah beliau, orang ramai juga diminta lebih berhati-hati berkongsi sebarang info atau video berkenaan kejadian gempa bumi serta tsunami dan maklumat berkaitan secara tepat boleh didapati melalui laman web MetMalaysia di www.met.gov.my.

Untuk info, mesej tular tersebar melalui sebuah laman web yang memaparkan maklumat amaran tsunami dikeluarkan oleh agensi luar negara. - KitaReporters


1
0
0
0
0

Copy Link: