Gambar hiasan... Cadangan ubah suai van pelancongan sebagai ambulans sedang diperhalusi MOTAC 


KEMENTERIAN Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC)  sedang perhalusi cadangan pengubahsuaian 100 buah van pelancongan untuk dijadikan ambulans di bawah Pasukan Bertindak Khas Greater Klang Valley.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata cadangan itu dibincangkan bersama Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bagi melihat kaedah terbaik untuk merealisasikan cadangan dikemukakan.

“Cadangan pengubahsuaian van pelancongan menjadi ambulans ini bagi membantu kes kecemasan membabitkan Covid-19 terutama di sekitar kawasan Lembah Klang.

 “Permit van pelancongan bagi Semenanjung Malaysia di bawah bidang kuasa APAD dan sebarang urusan melibatkan pengubahsuaian tertakluk kelulusan APAD.

“Manakala di Sabah, Sarawak serta Labuan, dikeluarkan MOTAC di bawah Akta Pelesenan Kenderaan Pelancongan 1999 (Akta 594),” katanya dipetik oleh laporan Kosmo pada 8 Ogos 2021.

Ujar Nancy lagi, permit oleh APAD hanya dikeluarkan kepada pengusaha van pelancongan yang merupakan syarikat agensi pelancongan yang dilesenkan oleh kementerian di bawah Akta Industri Pelancongan 1992.

“Syarikat tersebut perlu punyai lesen pengendali pelancongan dalam negeri (inbound) terlebih dahulu sebelum boleh memohon kepada APAD,” ujarnya. KitaReporters


 

0
0
0
0
0

Copy Link: