UBAT Ivermectin yang dijual meluas di pasaran gelap yang dikatakan menjadi penawar Covid-19.


MANA-MANA pihak atau individu yang mempromosi penjualan ubat Ivermectin sebagai penawar Covid-19 boleh dikenakan tindakan tegas di bawah Akta Racun 1952.

Presiden Persatuan Farmasi Malaysia (PFM), Amrahi Buang berkata, kesalahan itu berdasarkan Akta Racun 1952 mengenai penjualan ubat tersebut.

“Apabila tidak mengikut undang-undang, sesiapa yang membuat perkara ini telah menyalahi undang-undang dan boleh dihukum. Tidak kira sama ada doktor, ahli farmasi atau sesiapa sahaja.

“Ahli farmasi atau doktor perlu memaklumkan kepada pesakit mengenai ubat ini tidak boleh digunakan untuk merawat Covid-19,” katanya seperti dipetik oleh Sinar Harian, Sabtu 31 Julai 2021.

Sejak kebelakangan ini, ubat antiparasit yang diluluskan oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) yang kononnya mampu cegah Covid-19 dijual haram secara meluas di pasaran gelap dan dalam talian.

Ubat berkenaan yang merupakan racun dalam kumpulan B yang belum lagi didaftarkan di Malaysia untuk penggunaan bagi merawat atau mencegah Covid-19.

Pada 27 Julai 2021 lalu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, setakat ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memberi kelulusan khas penggunaan ubat ini secara off label untuk kajian klinikal sahaja. - KitaReporters


 

Presiden Persatuan Farmasi Malaysia (PFM), Amrahi Buang berkata apabila tidak mengikut undang-undang, sesiapa yang membuat perkara ini telah menyalahi undang-undang dan boleh dihukum. Tidak kira sama ada doktor, ahli farmasi atau sesiapa sahaja. - Kredit foto: Utusan Malaysia

0
0
0
0
1

Copy Link: