KADAR penggunaan katil yang tinggi di Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital-hospital di negeri ini menjadi penghalang untuk Pahang beralih dari Fasa 2 ke Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, beliau sudah memaklumkan permohonan peralihan fasa kepada Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Menurutnya, ini kerana Pahang sudah memenuhi semua kriteria yang ditetapkan kecuali kadar penggunaan katil yang tinggi.

"Saya katakan bahawa mereka yang kena jangkitan Covid-19 berada dalam ICU memerlukan jangka masa lama untuk pulih iaitu kira-kira dua minggu.

"Pada masa sama, mereka yang di luar mahu meneruskan kehidupan dan dari segi kadar vaksinasi, kita sudah memenuhi kriteria dan kadar kebolehjangkitan pula bawah pada 1.0.

"Justeru, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) diharap memberi pertimbangan khas untuk membolehkan Pahang beralih ke Fasa 3," katanya seperti dipetik Harian Metro, 21 September 2021.

Sehubungan itu beliau merayu rakyat terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) terutama penjarakan fizikal dan menjaga kebersihan kerana pandemik Covid-9 belum berakhir. - KitaReporters


14
11
0
7
0

Copy Link: