Jenazah jururawat yang meninggal dunia akibat Covid-19, Norfaizah Mohamed Nor selamat dikebumikan di tanah perkuburan di Kampung Lembaga, Gua Musang. - Kredit foto: Ihsan pembaca Harian Metro


SEORANG jururawat yang sedang hamil meninggal dunia akibat di Covid-19 di Hospital Sultan Ismail Petra dekat Kuala Krai, Kelantan pada 14 Ogos 2021.

Norfaizah Mohamed Nor, 34, yang difahamkan mengandung anak sulung setelah 10 tahun menunggu kelahiran cahaya mata menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 3.02 pagi.

Terdahulu, dia yang dijangkiti virus Covid-19 kategori lima dipercayai daripada pesakitnya terpaksa melahirkan zuriatnya itu secara pembedahan ketika kandungan berusia 26 minggu dan bayinya kini ditempatkan di unit rawatan intensif neonatal (NICU).

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr Zaini Hussin mengesahkan jururawat berkenaan meninggal dunia akibat Covid-19.

“Beliau bertugas di Hospital Gua Musang dan merupakan seorang jururawat yang berdedikasi.

“Jenazah wanita itu dikebumikan di Kampung Lembaga di Gua Musang,” katanya dipetik daripada laporan Harian Metro pada 15 Ogos 2021. - KitaReporters


1
0
2
0
0

Copy Link: