PETUGAS kesihatan memberikan suntikan vaksin Covid-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV). - Kredit foto Bernama


JUMLAH pemberian vaksin Covid-19 di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sepanjang lima bulan bermula 24 Februari hingga 24 Julai 2021 telah mencecah 16,904,896 dos suntikan di seluruh negara.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, jumlah keseluruhan populasi yang telah melengkapkan kedua-dua dos vaksin ula adalah 5,397,826 orang.

“Sementara itu, 11,507,070 lagi telah mendapat suntikan dos pertama vaksin tersebut,” katanya seperti dipetik oleh Bernama pada Ahad, 25 Julai 2021.

Bagi vaksinasi harian, Dr Adham berkata sebanyak 417,738 dos diberikan pada Sabtu, 24 Julai 2021, merangkumi 284,672 individu menerima suntikan pertama, manakala 133,066 penerima dos kedua. - KitaReporters


DR. Adham Baba memaklumkan jumlah keseluruhan populasi yang telah melengkapkan kedua-dua dos vaksin adalah 5,397,826 . Kredit Foto: Sinar Harian



0
0
0
0
0

Copy Link: