Menara komunikasi baharu di Rhu 10, Setiu yang telah mula beroperasi pada Jun 2021. - Kredit foto: SKMM


PENDUDUK di Setiu, Terengganu bakal nikmati liputan telekomunikasi lebih baik pada tahun depan (2022) susulan 15 menara baharu komunikasi diluluskan menerusi Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela).

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menerusi satu kenyataan pada 12 Julai 2021 memaklumkan menara baharu itu dijangka siap beroperasi secara berperingkat-peringkat bermula suku kedua tahun 2022.

“Kerja-kerja naik taraf liputan kepada 4G di 78 menara sedia ada seluruh Parlimen Setiu sedang giat dilaksanakan dan siap beroperasi secara berperingkat-peringkat bermula Ogos 2021 sehingga Mac 2022.

“Penambahbaikan liputan 4G di bawah inisiatif Jendela ini dikawal selia oleh SKMM di dalam kawasan Parlimen Setiu,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, SKMM turut memaklumkan penduduk di Kampung Rhu 10 dan Kampung Kuala Kubang di Setiu kini boleh menikmati jaringan telekomunikasi 4G lebih baik selepas dua buah menara baharu komunikasi mula beroperasi sejak Jun 2021.

Katanya lagi, pembinaan menara-menara baharu dengan liputan 4G itu memberikan manfaat kepada lebih 1,000 penduduk kampung berkenaan selain impak positif kepada Pantai Penarik yang merupakan antara lokasi pelancongan utama di Setiu. - KitaReporters


 

0
0
0
0
0

Copy Link: