SEBANYAK 45,000 anak pokok kayu putih (eucalyptus) bernilai RM11,700 dari China dirampas Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Selangor kerana dipercayai tiada permit import dan sijil fitosanitasi.

Kesemua anak pokok itu cuba dibawa masuk melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) oleh seorang lelaki berusia dalam lingkungan 50-an menggunakan empat buah bagasi sekitar jam 4 petang pada Rabu, 4 Ogos 2021.

“Lelaki yang juga warganegara Malaysia itu ditahan ketika pemeriksaan rutin yang dijalankan oleh pihak Maqis bersama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

“Dikatakan anak pokok berkenaan adalah untuk ditanam di negeri Pantai Timur,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat, 6 Ogos 2021.

Dalam pada itu, menurut Maqis, perbuatan mengimport tumbuhan tanpa permit adalah salah di bawah Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 yang membawa hukuman penjara sehingga enam tahun atau denda mencecah RM100,000. - KitaReporters


 

0
1
0
0
0

Copy Link: