Gambar hiasan... Selain kaedah jangkau luar di sekolah, pelajar juga boleh 'walk in' ke PPV sedia ada yang terpilih. - Kredit foto: Antaranews


SENARAI beberapa Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sedia ada yang akan digunakan bagi pemberian suntikan vaksin Covid-19 kepada pelajar-pelajar sekolah bakal diumumkan pada 21 September 2021.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata PPV berkenaan antara salah satu kaedah akan digunakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi tujuan itu selain secara jangkau luar di sekolah.

“KKM akan umumkan senarai PPV berkenaan esok (21 September), remaja berusia 12 hingga 17 tahun boleh hadir secara terus atau ‘walk in’ bagi mendapatkan vaksinasi Covid-19.

“Manakala bagi kaedah jangkau luar ia dilakukan di sekolah. Sebagai contoh, Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya 8(1) akan menjadi PPV sementara yang hanya digunakan pada hari pemberian vaksin sahaja.

“Sekiranya tidak cukup kakitangan KKM, kita akan mendapatkan khidmat pengamal perubatan swasta," katanya yang dipetik laporan Berita Harian bertarikh 20 September 2021.

Sementara itu, media pada 11 September 2021 lalu melaporkan lebih 3 juta remaja berusia di antara 12 hingga 17 tahun di Malaysia akan menerima suntikan vaksin Covid-19 yang dijangka selesai sebelum pembukaan sesi persekolahan tahun 2022.

Sasaran melengkapkan pemberian vaksin kepada golongan remaja itu adalah antara Petunjuk Prestasi Utama KKM. -KitaReporters


18
16
0
11
0

Copy Link: